Thursday, February 25, 2010

REPLIKA IKAN TERUBUK

IKAN TERUBUK MERUPAKAN HASIL TANGKAPAN LAUT DI KAMPUNG TEBAANG. IKAN TERUBUK MEMILIKI ISINYA YANG BERLEMAK DAN DIGEMARI RAMAI DARI DALAM MAHUPUN LUAR DAERAH DARO. PADA MASA KINI IKAN INI TURUT DIPROSES MENJADI IKAN MASIN AGAR BOLEH TAHAN LAMA DAN BOLEH DINIKMATI BILA-BILA MASA.
SK TEBAANG MENGAMBIL IKAN TERUBUK SEBAGAI LAMBANG PENGENALAN SEKOLAH DIMATA PARA PENGUNJUNG. SK TEBAANG MERUPAKAN SATU-SATUNYA SEKOLAH DI DAERAH DARO YANG MEMILIKI REPLIKA SEBEGINI. REPLIKA INI HASIL TITIK PELUH DAN KREATIVITI KAKITANGAN SEKOLAH. PIHAK SEKOLAH TELAH MELAKSANAKAN GOTONG ROYONG DENGAN PERUNTUKAN TERHAD DALAM USAHA MEWUJUDKAN REPLIKA INI. KINI IA TELAH MENJADI SATU TANDA INGATAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG PERNAH MENJEJAKKAN KAKI KE PERKARANGAN SK TEBAANG DARO.


JADI JEMPUTLAH DATANG KE SK TEBAANG KEPADA PARA PELAWAT BLOG KAMI.

No comments:

Post a Comment